Atas desakan daripada pelbagai pihak , jadi blog ini di-update dan diubah menjadi bluelicious. *abaikan* Sesungguhnya apabila angka umur ditambah setiap tahun dan diri merasa lebih tua tahun demi tahun semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sehingga kadang - kadang diri jatuh tersungkur tetapi dipaksa jua berdiri semula.
Sebenarnya Idea tak ada sekarang jadi Tunggu episod akan datang.
Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya Bacul - Tidak bersemangat. Nawaitu diri - Keinginan diri Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri Privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan Portfolio menteri - Tugas menteri Polemik - Bahas / debat / konflik Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan Linglung - Hilang ingatan Interpretasi - Tafsiran / penjelasan Gembleng - Memadu (tenaga)
Peribahasa
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.
Bagai ayam mengeram telur.
Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang
Bagai ayam naik ke surau.
Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang tahi.
Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.
Sama erti: 1. Membasahkan garam sendiri. 2.Buah kedempung, di
luar berisi di dalam kosong.
Bagai ayam yang terkecundang.
Makna: Sangat ketakutan.
Sama erti: 1. Malu berani, mati takut. 2. Pelandok di cerang
rimba. Dalam ketakutan dan gelisah. 3. Jiwa bergantung di
hujung rambut. 4. Bagai kambing dalam biduk.
Bagai bajak wangkang makan diangkat.
Makna: Orang yang gemar dipuji.
Sama erti: 1. Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di
muka. 2. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
Bagai balak terendam
Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.
Sama erti: 1. Seperti badak berendam. 2. Seperti sumpit abu
ditegakkan. 3. Bagai sumpit dientakkan.
Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk, yang tinggal
anyir.
Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah pihak.
Ehem ehem :) To tuan tanah saya tumpang lalu sekejap eh? Entry nie bukan untuk korang. Entry ni untuk kita2 aje. Jangan marah okay? Ainatul nie video taranum soba ! Ustazah nak satu je eh? Nah aku bagi sekali dua. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Aku dah carikan kiranya aku tak payah bentang la kan. Oyeah oyeahh :)